APAKAH TAJUK PTA YANG
PALING MENARIK?
- Tajuk kajian : Persepsi pelanggan Muslim terhadap harga pakaian di butik Kuching
- Tujuan kajian : Untuk mengenalpasti sikap pelanggan terhadap harga pakaian di butik.
- Kenalpasti pembolehubah :
- pembolehubah bersandar – Harga pakaian di butik
- pembolehubah bebas – persepsi pelanggan Muslim
- Jenis kajian : correlational study (harga pakaian yang mahal mempengaruhi persepsi pelanggan
- Skop kajian (unit) : golongan wanita Muslim dan pelajar
- Kaji selidik responden : golongan wanita Muslim dan pelajar
- Soalan kajian : Apakah persepsi pelanggan terhadap harga pakaian di butik?: Adakah pelanggan terus membeli pakaian di butik walaupun harganya mahal?: Apakah peranan pengurus terhadap strategi perletakkan harga pakaian di butikRANCANGAN TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)Tajuk Kajian: Persepsi pengguna/pelanggan Muslim terhadap harga pakaian butik di Kuching. Di sini saya menfokuskan target pasaran adalah golongan wanita Muslim. Permasalahan yang dihadapi pelanggan adalah harga pakaian di butik adalah mahal. "Mengapa harga pakaian di butik mahal?".Hal ini seolah-olah firma menfokuskan pasaran hanya kepada golongan wanita yang berpendapatan tinggi dan berstatus tinggi serta tidak menghiraukan golongan wanita yang berpendapatan rendah.Kenapa saya memilih tajuk PTA & apakah masalah yang saya cuba untuk menangani apabila saya membuat keputusan untuk menyelidik topic tersebut?Saya memilih tajuk projek ini untuk mengupas permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan terhadap harga pakaian di butik dan cara menanganinya. Harga pakaian di butik adalah mahal dan menjadi penghalang bagi mereka untuk lebih berfesyen. Masalah yang dihadapi adalah “ mengapa harga pakaian di butik mahal? ”. Masalah ini sering berlaku terutama sekali kepada golongan wanita yang berpendapatan rendah berbanding golongan wanita yang berpendapatan tinggi. Saya akan mengkaji dan menyelidik permasalahan ini dan mengenalpasti bagaimana cara yang paling sesuai untuk mengatasinya. Masalah yang cuba saya tangani adalah memberi peluang kepada semua golongan wanita sama ada yang mempunyai pendapatan yang tinggi ataupun yang sederhana dalam membuat pembelian pakaian untuk golongan wanita berfesyen.DIMENSI KAJIANTerdapat 3 jenis dimensi kajian iaitu penerokaan “exploratory”, kegunaan kajian“applied research” dan dimensi masa dalam kajian “cross-sectional research” :
- Exploratory : Dalam kajian ini, saya akan mendalami tajuk yang dipilih dan membuat kajian dengan lebih mendalam. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menjurus kepada pencaraian fakta serta kajian/eksplorasi tajuk yang dipilih. Penerokaan kajian ini lebih menjana idea baru dan hipotesis. Sebagai contoh,
- Applied reseach : Dalam kajian ini, tajuk yang dipilih akan cuba untuk diselesaikan dengan lebih jelas dan terperinci. Kajian akan dilakukan lebih memperincikan masalah yang dihadapi dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, menyelidik sejauh mana harga pakaian di butik pakaian
- Cross-sectional research : Kajian yang dilakukan bagi mengumpulkan segala maklumat/data dalam tempoh masa yang ditetapkan. Maklumat boleh diperolehi melalui kaji selidik responden dan sesi temu bual
No comments:
Post a Comment