Sunday, 3 June 2012

LIBRARY ACTIVITY


Berdasarkan jurnal yang dikaji oleh Richard Michon, Hong Yu, Donna Smith, Jean-Charles Chebat Article (2007) di dalam jurnalnya yang bertajuk The shopping experience of female fashion leaders sangat menarik perhatian saya untuk jadikan rujukan PTA pada semester hadapan. Jurnal yang ditulis oleh para pengkaji mempunyai kaitan dengan tajuk PTA saya iaitu pengalaman membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen. Faktor yang dinilai adalah tanggapan pelanggan terhadap pusat membeli-belah, tanggapan terhadap produk, nilai membeli-belah dan fesyen pembeli.Berdasarkan penyelidikan tersebut, terdapat pelbagai kriteria yang boleh dijadikan bimbingan seperti membina hipotesis, metodologi yang digunakan, teori kerangka kerja, dan sebagainya. Persekitaran pusat membeli-belah mempengaruhi sikap dan perasaan pelanggan untuk membeli suatu produk. Hal ini dapat dibuktikan oleh Chebat dan Michon (2003). Jelas dibuktikan lagi Stoel (2004) bahawa persekitaran pusat membeli-belah yang menarik boleh meningkatkan nilai pembelian dan mendorong pelanggan untuk mempamerkan tingkahlaku mereka dengan berada lebih lama di pusat membeli-belah untuk membuat pembelian. Model yang berkaitan dalam kajian ini adalah Model Tingkahlaku Pengguna. Menurut Engel (1978) model ini bertujuan untuk mengkaji proses yang terlibat dari pendedahan membuat sesuatu keputusan hinggalah kepada rangsangan permulaan dan hasil tingkahlaku akhir. Model ini berkait rapat dengan gelagat pengguna untuk membuat pilihan dan seterusnya membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui model ini, pengkaji boleh membuat penyelidikan tentang faktor persekitaran pusat membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen.Kajian ini menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk memperoleh data.Statistik deskriptif dipilih untuk melihat nilai kekerapan, peratusan dan min. 
Sumber:
 Michon, R., Yu, H., Smith, D., & Chebat, J.C. (2007). The shopping experience of female fashion leaders. International Journal of Retail & Distribution Management, Vol. 35 No. 6, pp. 488 – 501


Friday, 25 May 2012

Dalam pentandingan poster PTA 2012, saya tertarik dengan PTA pelajar senior yang bertajuk "Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kolej dalam memilih institusi pendidikan tinggi: Kajian di atas IPTS di Sibu, Universiti Malaysia Sarawak". Penjelasan yang ingin diketahui adalah:

  • Apakah metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini?
 Pengkaji menggunakan metodologi kaedah persampelan mudah. Selain itu, pengkaji membuat kajian dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul kesemua data kepada 150 orang responden. Manakala analisis yang digunakan pengkaji adalah kebolehpercayaan, analisis faktor, ujian korelasi pearson dan analisis deskriptif.
  • Dalam kesimpulan kajian, adakah kesemua hipotesis yang digunakan berjaya?
Kesemua hipotesis termasuk pengaruh kumpulan rujukan, ciri-ciri kolej, aktivisi promosi, motivasi pelajar dan laman web yang dibuat adalah diterima. Pengaruh yang tertinggi adalah pengaruh kumpulan rujukan dan yang terendah adalah pengaruh laman web.

Saturday, 5 May 2012


TAJUK PTA TERBARU

Tajuk kajian
  • Pengalaman membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan untuk berfesyen
Objektif kajian
  •  Mengenal pasti pengalaman membeli-belah berdasarkan tanggapan terhadap pusat membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan untuk berfesyen.
  • Mengenal pasti pengalaman membeli-belah berdasarkan tanggapan terhadap produk mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen
  • Mengenal pasti pengalaman membeli-belah berdasarkan nilai membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen. 
  •  Mengenal pasti pengalaman membeli-belah berdasarkan fesyen pembeli mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen.
    Kenalpasti pembolehubah
    • pembolehubah bersandar- tingkahlaku
    • pembolehubah bebas- pengalaman membeli-belah
    Jenis kajian
    • correlational study- kajian korelasi
    • cth: pengalaman membeli-belah mempengaruhi perilaku seseorang 
    Skop kajian(unit)
    • golongan wanita yang mempuyai kediaman berhampiran dengan The Spring
     Soalan kajian
    • Adakah pengalaman membeli-belah berdasarkan tanggapan terhadap pusat membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan untuk berfesyen?
    • Adakah pengalaman membeli-belah berdasarkan tanggapan terhadap produk mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen? 
    •  Adakah pengalaman membeli-belah berdasarkan nilai membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen?
    • Adakah pengalaman membeli-belah berdasarkan fesyen pembeli mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen?
    Hipotesis

      • H1: Pengalaman berdasarkan tanggapan terhadap pusat membeli-belah mempengaruhi       tingkahlaku pelanggan untuk berfesyen.   
      • H2: Pengalaman berdasarkan tanggapan terhadap produk mempengaruhi tingkahla pelanggan wanita untuk berfesyen.
      • H3: Pengalaman berdasarkan nilai membeli-belah mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen.
      • H4: Pengalaman berdasarkan fesyen pembeli mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen.
                                                                  










       








                                   


      Tuesday, 1 May 2012


         Definisi Etnografi
      • Etnografi dalam konteks B2B- sebuah pendekatan yang perlu ada dalam konteks setiap industri. Ia juga meliputi kategori business to consumers (B2C) ataupun business to business (B2B) dan termasuklah produk institusi mahupun produk industri.
      • Etnografi- merupakan tingkah laku manusia. Kajian ini adalah mengenai kelakuan semulajadi pelanggan secara bersemuka melalui interaksi dengan pihak yang terlibat terhadap produk atau perkhidmatan yang dijual oleh pihak lain. Kajian ini lebih menfokuskan persekitaran pengguna. Ia boleh dilakukan di rumah, kedai-kedai dan sebagainya. Sebagai contoh, ingin mengetahui tingkahlaku pembeli dalam membuat sesuatu pembelian produk dengan terus ke rumah pelanggan untuk memastikan tingkah laku sebenar pelanggan dan ingin mengetahui secara mendalam tentang produk yang telah dibeli selepas keputusan pembelian dibuat.
         Kelebihan Kajian Etnografi
      • Penyelidikan pasaran etnografi dapat memaklumkan pemasar dan pemahaman pemaju produk kecil, malah butiran yang tidak dinyatakan boleh membantu mereka meningkatkan kebarangkalian kejayaan produk baru dan mengurangkan kebarangkalian kegagalan sesuatu produk.  
      • bukan sahaja memahami persekitaran di mana produk digunakan, malah kesesuaian produk dengan penggunaan keseluruhan.
      • dapat mengetahui lebih mendalam dunia dan kepercayaan pengguna berdasarkan borang profil kualitatif daripada pengguna/pelanggan.

        Cabaran yang Dihadapi   
        1. Masa-mengambil jangka masa yang lama untuk menghasilkan suatu maklumat kajian dan kebolehpercayaan  dalam melakukan kajian.  
        2. kesimpulan yang dibuat tentang perlakuan subjek manusia, perkataan, atau perasaan boleh diubah dan menjadi berat sebelah serta menyebabkan kejahilan budaya pemerhati. 
        3. kadang-kadang mempunyai tembok di antara pemerhati dan pelanggan dalam mengumpul maklumat untuk menamatkan kajian dan pemerhatian dalam memahami kelakuan manusia.


      Sunday, 15 April 2012


      FAKTA Vs TEORI

      Fakta bermaksud sesuatu maklumat atau informasi yang mempunyai kesahihan yang sah berdasarkan bukti-bukti yang jelas untuk menerangkan sesuatu keadaan dengan tepat dan jelas. Dengan kata lain fakta merupakan sesuatu maklumat yang nyata digunakan sebagai bahan terjemahan sesuatu kajian yang ingin dikupas dan informasi tersebut boleh dipercayai. Tambahan pula, fakta adalah sesuatu yang benar-benar berlaku, terjadi dan boleh dibuktikan serta memberikan maklumat tentang sesuatu kajian.


      Teori mempunyai maksud tersendiri berbeza dengan fakta. Menurut Kertinger (1973:9) teori sebagai satu himpunana konsep, takrifan dan definisi yang berkait rapat dalam memberi gambaran secara sistematik tentang suatu fenomena. Makna yang lain seperti penjelasan umun atau model imaginatif tentang hubungan antara fakta, konsep dan prinsip-prinsip. Teori yang digunakan dalam kajian adalah untuk memudahkan, memahami dan meramal sesuatu kajian yang dilakukan dengan lebih terperinci. Dalam setiap kajian, teori amat penting bagi mendukung makna sebenar kajian yang dilakukan. Selain itu, teori adalah satu kenyataan yang boleh menjana skop ramalan yang meluas bergantung kepada beberapa langkah pengantaraan iaitu pengiraan dan menggunakan penyataan yang lain.