Berdasarkan
jurnal yang dikaji oleh Richard Michon, Hong Yu, Donna Smith, Jean-Charles
Chebat Article (2007) di dalam jurnalnya yang bertajuk The shopping
experience of female fashion leaders sangat menarik perhatian saya untuk
jadikan rujukan PTA pada semester hadapan. Jurnal yang ditulis oleh para
pengkaji mempunyai kaitan dengan tajuk PTA saya iaitu pengalaman membeli-belah
mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen. Faktor yang dinilai
adalah tanggapan pelanggan terhadap pusat membeli-belah, tanggapan terhadap
produk, nilai membeli-belah dan fesyen pembeli.Berdasarkan penyelidikan
tersebut, terdapat pelbagai kriteria yang boleh dijadikan bimbingan seperti
membina hipotesis, metodologi yang digunakan, teori kerangka kerja, dan
sebagainya. Persekitaran pusat membeli-belah mempengaruhi sikap dan
perasaan pelanggan untuk membeli suatu produk. Hal ini dapat dibuktikan oleh
Chebat dan Michon (2003). Jelas dibuktikan lagi Stoel (2004) bahawa
persekitaran pusat membeli-belah yang menarik boleh meningkatkan nilai
pembelian dan mendorong pelanggan untuk mempamerkan tingkahlaku mereka dengan
berada lebih lama di pusat membeli-belah untuk membuat pembelian. Model yang berkaitan dalam kajian ini
adalah Model Tingkahlaku Pengguna. Menurut Engel (1978) model ini bertujuan
untuk mengkaji proses yang terlibat dari pendedahan membuat sesuatu keputusan
hinggalah kepada rangsangan permulaan dan hasil tingkahlaku akhir. Model ini
berkait rapat dengan gelagat pengguna untuk membuat pilihan dan seterusnya
membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui model ini, pengkaji
boleh membuat penyelidikan tentang faktor persekitaran pusat membeli-belah
mempengaruhi tingkahlaku pelanggan wanita untuk berfesyen.Kajian ini
menggunakan Statistical
Package For Social Science (SPSS) untuk
memperoleh data.Statistik
deskriptif dipilih untuk melihat nilai kekerapan, peratusan dan min.
Sumber:
Michon,
R., Yu, H., Smith, D., & Chebat, J.C. (2007). The shopping experience of
female fashion leaders. International
Journal of Retail & Distribution Management, Vol. 35 No. 6, pp. 488 –
501
No comments:
Post a Comment