Tuesday, 6 March 2012

   KAJIAN??????
  • Sesuatu kajian/pencarian sesuatu maklumat penting mengenai topik tertentu dengan mengumpul semua data, mnyusun dan menilai data, membuat pemotongan data yang tidak berkenaan dan diakhiri dengan kesimpualan. Hal ini bertujuan untuk menyebarkan kepada orang ramai.
  • Kajian merupakan suatu proses yang sistematik dan saintifik terhadap sesuatu kajian dan kepentingannya yang dapat memberi sumbangan kepada himpunan ilmu yang membentuk dan memberi bimbingan dalam bidang akademik/praktik.
  • Kajian berkaitan dengan pengetahuan sesuatu ilmu atau lanjutan ilmu melalui bahan bacaan yang diperoleh.
  • Kajian yang lengkap dengan cara penghasilan sebuah bacaan, pengujian dan pengesahan bacaan yang dikaji.

 OBJEKTIF
  • Untuk mendapatkan sesuatu fenomena yang lazim atau tujuan untuk mencapai konsep baru melalui kajian yang dilakukan.
  • Untuk menentukan sesuatu yang berlaku secara kerap atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain.
  • Untuk menguji hipotesis berdasarkan sebab dan akibat antara pembolehubah-pembolehubah.
  • Memperincikan secara tepat ciri-ciri individu atau kumpulan yang menjalankan kajian.
 JENIS-JENIS KAJIAN
  • Reka bentuk diskriptif - merupakan satu kaedah saintifik yang melibatkan pemerhatian dan menerangkan tingkah laku seseorang tanpa mempengaruhi apa jua cara
  • Kolerasi/analisis regrasi - Suatu kajian yang dilakukan bagu menetukan sama ada atau tidak dua pemboleh ubah itu saling berkaitan. Ini bertujuan untuk mengkaji sama ada peningkatan atau penurunan dalam satu pemboleh ubah yang sama berubah-ubah dengan peningkatan atau penurunan dalam pemboleh ubah yang lain.
  • Reka bentuk kuasi - eksperimen adalah satu bentuk penyelidikan eksperimen yang digunakan secara meluas dalam bidang sains sosial dan psikologi.
  • Rekabentuk eksperimen - dianggap sebagai bentuk penyelidikan ekperimen yang paling tepat bagi membuktikan atau menyangkal hipotesis matematik terhadap analisis statistik.
  • Analisis meta - teknik statistik yang terhad yang dibangunkan oleh ahli sains sosial terhadap jenis ekperimen yang mereka dilakukan.

 PENDEKATAN KAJIAN
  • Kualitatif - pendekatan yang biasanya dikaitkan dengan paradigma konstruktivis sosial yang menekankan sifat sosial yang realitinya dibina. Ia adalah tentang rakaman, analisis dan cuba untuk mencari makna yang lebih mendalam.Selain itu dapat menjelaskan kepentingan tingkah laku manusia dan pengalaman, termasuklah  kepercayaan,tingkah laku dan emosi yang bercanggah. 
  • Kuantitatif - secara amnya dikaitkan dengan paradigma positivis / postpositivis. Kajian kuantitatif ini melibatkan pengumpulan dan penukaran data kepada bentuk angka/nombor supaya pengiraan statistik dan kesimpulan boleh dibuat.
  KEPENTINGAN KAJIAN 
  • Peranan penyelidikan dalam beberapa bidang ekonomi gunaan  sama ada yang berkaitan dengan perniagaan atau kepada ekonomi secara keseluruhan, telah banyak meningkat zaman moden.
  • Menanam pemikiran saintifik dan induktif bagi menggalakkan sesuatu pemikiran pembangunan yang logik dalam sesebuah organisasi.
  • Penting bagi ahli sains sosial dalam mengkaji hubungan sosial dan mencari jawapan kepada pelbagai masalah sosial.
  • Mempunyai kepentingan tertentu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam perniagaan.
  • Menyediakan asas bagi dasar-dasar kerajaan dalam sistem ekonomi negara.






2 comments: