Sunday, 15 April 2012


FAKTA Vs TEORI

Fakta bermaksud sesuatu maklumat atau informasi yang mempunyai kesahihan yang sah berdasarkan bukti-bukti yang jelas untuk menerangkan sesuatu keadaan dengan tepat dan jelas. Dengan kata lain fakta merupakan sesuatu maklumat yang nyata digunakan sebagai bahan terjemahan sesuatu kajian yang ingin dikupas dan informasi tersebut boleh dipercayai. Tambahan pula, fakta adalah sesuatu yang benar-benar berlaku, terjadi dan boleh dibuktikan serta memberikan maklumat tentang sesuatu kajian.


Teori mempunyai maksud tersendiri berbeza dengan fakta. Menurut Kertinger (1973:9) teori sebagai satu himpunana konsep, takrifan dan definisi yang berkait rapat dalam memberi gambaran secara sistematik tentang suatu fenomena. Makna yang lain seperti penjelasan umun atau model imaginatif tentang hubungan antara fakta, konsep dan prinsip-prinsip. Teori yang digunakan dalam kajian adalah untuk memudahkan, memahami dan meramal sesuatu kajian yang dilakukan dengan lebih terperinci. Dalam setiap kajian, teori amat penting bagi mendukung makna sebenar kajian yang dilakukan. Selain itu, teori adalah satu kenyataan yang boleh menjana skop ramalan yang meluas bergantung kepada beberapa langkah pengantaraan iaitu pengiraan dan menggunakan penyataan yang lain.



No comments:

Post a Comment