Definisi Etnografi
- Etnografi dalam konteks B2B- sebuah pendekatan yang perlu ada dalam konteks setiap industri. Ia juga meliputi kategori business to consumers (B2C) ataupun business to business (B2B) dan termasuklah produk institusi mahupun produk industri.
- Etnografi- merupakan tingkah laku manusia. Kajian ini adalah mengenai kelakuan semulajadi pelanggan secara bersemuka melalui interaksi dengan pihak yang terlibat terhadap produk atau perkhidmatan yang dijual oleh pihak lain. Kajian ini lebih menfokuskan persekitaran pengguna. Ia boleh dilakukan di rumah, kedai-kedai dan sebagainya. Sebagai contoh, ingin mengetahui tingkahlaku pembeli dalam membuat sesuatu pembelian produk dengan terus ke rumah pelanggan untuk memastikan tingkah laku sebenar pelanggan dan ingin mengetahui secara mendalam tentang produk yang telah dibeli selepas keputusan pembelian dibuat.
Kelebihan Kajian Etnografi
-
Penyelidikan pasaran etnografi dapat memaklumkan pemasar dan pemahaman pemaju produk kecil, malah butiran yang tidak dinyatakan boleh membantu mereka meningkatkan kebarangkalian kejayaan produk baru dan mengurangkan kebarangkalian kegagalan sesuatu produk.
- bukan sahaja memahami persekitaran di mana produk digunakan, malah kesesuaian produk dengan penggunaan keseluruhan.
- dapat mengetahui lebih mendalam dunia dan kepercayaan pengguna berdasarkan borang profil kualitatif daripada pengguna/pelanggan.
Cabaran yang Dihadapi
- Masa-mengambil jangka masa yang lama untuk menghasilkan suatu maklumat kajian dan kebolehpercayaan dalam melakukan kajian.
- kesimpulan yang dibuat tentang perlakuan subjek manusia, perkataan, atau perasaan boleh diubah dan menjadi berat sebelah serta menyebabkan kejahilan budaya pemerhati.
- kadang-kadang mempunyai tembok di antara pemerhati dan pelanggan dalam mengumpul maklumat untuk menamatkan kajian dan pemerhatian dalam memahami kelakuan manusia.

No comments:
Post a Comment